Rabu, 20 Februari 2008

Panduan Asas Belajar Cpanel - BEST SANGAT KE eBOOK Cpanel NI?


Itulah persoalan pertama yang saya selalu fikirkan sebelum membeli ebook ini. Beli pada harga RM 35, macam mahal pulak rasanya. RM 35 boleh buat macam-macam benda. Makan, beli kad prepaid, beli itu, beli ini…Bukan ape, bimbang kena tipu. Oh ye, sebelum ni, saya dah mempunyai satu ebook yang berkait dengan Cpanel, tapi versi bahasa inggeris. Jika anda ingin nak baca, anda boleh download ke link ini.
Namun, selepas beli dan baca ebook ni, it’s totally different that what i’ve thought!!!. Dari 5 bintang, Kredit 4 stengah bintang saya berikan kepada saudara Jebat kerana telah membuatkan saya berpuas hati dengan persembahan dan pemahaman tentang perkara asas dalam Cpanel. Senang cakap, Saya langsung tak menyesal beli eBook ini. Jika pengarang eBook ini letak harga RM170 pun, saya sanggup beli! Saya bukan berlagak tentang duit, apa yang saya nak tegaskan, bandingan nilai RM 35 (harga terkini eBook ni) dengan isi kandungannya…amat-amatlah berbaloi.
Baru-baru ini, Versi baru Cpanel telah dilancarkan sepenuhnya. Ia semakin menarik dari isi kandungan dan turut memaparkan tips yang berkesan sekiranya anda seorang affiliator. Tambahan pula, bilangan mukasurat versi baru belajar Cpanel ©2008 ini telah dipertingkatkan dari 135 mukasurat ke 200 (termasuk kulit depan). Penambahan sebanyak 65 muka surat. Jadi isinya tentulah semakin bagus kan?
Suka saya ingatkan, eBook ini lengkap dengan illustrasi. Jadi tak perlu rasa gusar walaupun pengarang eBook ini ada menceritakan beberapa aspek teknikal yang asas berkait dengan Cpanel. Tambahan pula, eBook ini adalah versi Bahasa Melayu sepenuhnya. Jadi anda tak perlu pening kepala sekiranya anda tidak berapa mahir dengan Bahasa Inggeris.

Tidak ada komentar: